10 April 2014, Rabu

Kau

Aku mudah goyah dengan pujukkan rayu mu,
Suara mu,
Cara mu,
Senyuman mu.

Aku tak sedar semua ini,
Adakah perasaan suka ku datang kembali?

Aku tak mahu menggunakan perkataan 'cinta',
Sebab aku terlalu sukar,
Sukar untuk memahami apa itu cinta sebenarnya.

Aku janji pada diri ku,
Yang ku tak mahukan lelaki buat sementara waktu,
Tapi,
Aku ingkar janji ku itu.

Ya Allah kau kuatkan hati ku ini,
Hilangkan perasaan hati ku ini,
Kerna aku tahu,
Aku tahu pasti suatu hari nanti,
Aku akan terjatuh,
Hati aku terluka.

No comments:

Post a Comment