Them! :)

Hye everyones! I just come back from Kembara Mahkota Johor at Plaza Angsana. Awesome lahh! Dapat tengok Tengku Mahkota Johor (TMJ) depan mata hoho :) Yela diorang naik motor bike ramai-ramai. Harini lastday Kembara Mahkota Johor tuu. Dah janji dengan Zatie & Fatin jumpa dekat Angsana pukul 12 tengah hari. Sementara tunggu diorang ni pehh tak nak lama lagi si Zatie ni? :O haha so aku pun decide makan Mcd lunch dengan adik dengan Aida & Eryn sekali. Sumpah lapar gilerr! Tak lama pun dekat Angsana ni kejap jehh sebab nak tengok TMJ ni jadi dalam pukul 3 lebih macam gitu aku balik dah. Boyfriend Zatie hantar sebab diorang nak keluar date! Haha

Sebelum tuu dapat jugak jumpa Shahrul Faridz! OMG seriously dah lama tak jumpa kau Shahrul! Haha last time kita jumpa pun kau hantar ubat kuning dengan ubat sapu dekat rumah aku. Waktu tuu aku minta dia ubat tuu sebab ada kita punya cruch excident. Tak terok mana lahh just jatuh motor dan tangan dia injured. Seriously I'm worried so much! Dan dan aku ingat lagi waktu dia excident tuu dia ada text dan masa tuu aku dekat camp Savanahill, Ulu Tiram. Tetiba dia text tanya

'Busyy tak? Ada benda nak cakap ni '
Selalu apa-apa dia akan call kalau nak story or anything. But ni dia text dulu. K bagi aku macam pelik lahh -.- Macam urgent sangat. Lagipun waktu tuu 2 3 pagi kott. Then aku pulak macam
'Ada apa ni? Okay tak? Awak kenapa? I dekat camp ni so if nak berborak macam tak boleh sebab semua tertidur nanti kang ada yang terbangun.'
Then dia tak reply. Nak tidur semula mcam tak boleh. Macam-macam dah aku fikir dalam kepala otak ni pasal dia. More to negatif think. SubhanAllah Dyba. Tapi aku gigihkan diri jugak untuk tidur sebab waktu tuu nak kena bangun pukul 5 pagi. Aku try jugak call dia tapi tak berangkat. K kecewa! Asal dia nihh? Nasib haritu hari Ahad jadi tengah hari dah boleh balik rumah. Balik jee rumah aku teros call dia sampai berangkat. Err kali ke berapa entah baru dia angkat kan. Jadi dia pun bercerita yang semalam dia excident itu ini baru balik dari futsal semua. Memang aku dah risau dah pasal dia waktu sebab waktu aku fikir
KALAU LAHH AKU DAPAT JUMPA KAU SEKARANG NIHHH ☹
Tuu yang aku teros text Shahrul nak mintak tolong pasal ubat tuu semua. Dan waktu ni last jumpa mamat Shahrul nihh haha kisah ni pun tahun lepas punya cerita bulan 2 gituu. Lama kan? Nampak tak berapa lama perasaan aku dekat dia? Actually lagi lama sebenarnya. Ehh? Haha okayy lupa kan apa korangg baca tadi. Takde kena mengena sebenarnya lol :')

Tengah lepak dengan Zatie, Fatin dan Shahrul dekat Mcd ni segala cerita diorang ada. Dari tak kenal teros kenal haha lepastu tetiba Shahrul metion nama crush kita hmm k! Part ni aku malas nak story. Seriously malas! Sakit hati hmm  takde siapa pun tahu. Tapi dalam perbualan ni ada kena mengena apa yang aku rasa selama nihh. Balik rumah baru aku terfikir semua ni pasal tu pasal nihh k semua! Ni jawapan bagi semua persoalan aku ke selama nihh? Betol ke apa aku rasa ni? Aku takut kalau ini kenyataan. No wonder lahh he do this to me. Now I know! But I need to find some other clue.

Dyba, kalau apa yang kau rasa ni kenyataan macam mana? Lagi kau dah syak siapa kan? Iyeww memang dan aku kenal orang tuu. Tipu kalau korang cakap aku tak sakit hati. Mesti lahh ada :') Lagi dah berapa lama nihh dia ignore semacam. Tak mustahil kalau dalam hati dia ada orang lain. Mungkin.... Ya Allah tabahkan lahh hatiku. Kalau kenyataan aku terpaksa lupakan dia. Lupakan segala tentang dia. Lupakan segala kenangan aku dengan dia. Memang pahit! :') Aku kena tabah! Hmm tapi aku tak setabah macam korang sangkakan :')

ABC with Syakir

Banyak entry aku pasal punya crush bagaikan? Haha lol tapi itu lahh kenyataan :') Harini tadi petang lahh aku mintak Syakir teman aku minum ABC cokolaaaaatt haha seriously mengidam gilerr weyhh. Aku nak pergi sana takde kereta. Even ada sekalipun aku lupa jalan dia mana haha teruknya kau nihh hikhik :P So decide mintak Syakir bawak kan jee lahh. Sebab dia pernah bawak aku dengan kawan dia lagi *lupa siapa* sama-sama minum situu. So bila dah lama tak minum ABC macam mengidam bagai lahh kan lol. Err korang jangan salah sangka. Aku dengan Syakir ni kawan sahaja dan tak lebih dari tuu. Buaya? Okayy itu lahh dia hehe takde lahh. Dia okayyy jee. Even perangai dia sometimes macam annoying lahh senang cerita kan haha tapi dia baik. Baik mana tuu hmm entah susah nak describe. Tapi dia okayy jee kalau orang panggil dia buaya. Haaa iyew kan ajaaa lahh ehh Syakir hehe. Nak ikut kan Zaim dengan Nami ada sekali tapi Nami ada hal so Zaim macam malas. Jadi Syakir terpaksa lahh bawak aku pergi minum ABC sana.

Syakir: Asal tak ajak *****?

Me: *badi dia kejap* lol kau lupa apa aku cerita haritu?
Syakir: Lahh tak okay lagi ke? Ingat dah okayy
Me: Hmm belum... *kesat air mata*
Syakir: Sabar jee k?
Me: Yela.... Hmm kau tak cuba tanya dia? *muka excited*
Syakir: Dah tanya dah tapi dia diam jee.
Me: Diam? Hmm *tabahkan hati*

Why he so heartless?! :'( Okayy forget it. Jap lepastu ada ke patut si Syakir ni tanya aku soalan. Err kau tak nak lucah lagi tanya aku nihh weyhh? Haha siott jee Syakir -.- Sakit hati jugak sebenarnya. Dalam hati dah membara-bara sebenarnya haha lol. Jangan sebok nak tahu apa dia tanya. Yang penting so disgusting okayy!! Tapi bila fikir balik sampai bila aku nak macam gini? Hmm

It starting from here...

Aku mulakan Bismilah sebagai pembuka ucapan untuk entry kali ini. Harini 3 May ada orang pergi ke PLKN. Aku bersyukur lah sebab aku tak dapat pun PLKN ni. Lagipun kerajaan pilih random berdasarkan apa aku pun tak tahu. Banyak kawan aku yang dapat PLKN group2 ni tapi ramai tak pergi sebab ada yang dapat matrik dengan form6 kan so diorang prefer untuk masuk matrik atau form6 dari PLKN. Lagipun kedua ni daftar end this month so even pergi PLKN pun sekejap macam takde function haha bagi aku lahh. Depends orang ramai.... Kebanyakkan aku dengar tak pernah lagi aku dengar orang yang balik dari PLKN cakap tak best pun PLKN ni sebenarnya. Malah diorang lebih prefer untuk pergi kali kedua haha itu yang diorang cakap lahh. Haha tapi bagi aku entah lahh korang tanya budak yang balik PLKN tu ehh? :P

Nak tahu tak kawan aku Najib ni dapat PLKN. K! Dekat twitter kecoh sedih bagai dia dah nak pergi PLKN nanti tak dapat jumpa sebab semua dah sibuk masuk itu ini. Aku dengan Aqilah dah prefer nak hantar dia dekat dataran nanti untuk jumpa dia kali terakhir kan tapi dia kata tak payah lahh apa lahh. To much his excuse! Then malam before tu check dekat TL asal rasa macam something tweet Halim dengan Kak Ama ni? :O Last-last I found it myself! Dia tak pergi pun sebenarnya. Then boleh dia cakap 

'Niat aku nak buat korang suprise tapi tak sangka pulak korang benci dekat aku :'('
LOL banyak lah kau punya suprise Najib -,- Then semua macam geram jee kan dekat dia ni haha yela kesian dia. Btw pagi tadi aku pergi jogging dengan Aqilah & Tiqa. Dulu starting seminggu jogging then seminggunya tak jogging. Tetiba baru harini jogging balik.

Damn! To many thing I was think when I reach at there. Many of memory. A lot! :'( Aku tak kuat.... Elak aku menangis jee dekat situ tapi aku masih waras lagi aku sedar lagi. Maybe dia ada sebab buat aku macam gini. Tapi sebab apa? Sebab apa? Aku tak tahu lagi sampai sekarang. Apa entah salah aku sampai dia ignore aku. Maybe bagi dia kalau dia buat aku macam aku akan tabah. Aku akan kuat. Iyew aku kuat tapi tak setabah yang kau sangka kan selama ini. Aku cuma nak tahu apa alasan kau. Itu jee dah cukup untuk aku terima. Dari kau buat aku macam gini sebenarnya kau buat aku lagi terseksa. Kadang-kadang aku cari kebahagian untuk hilang kesedihan aku sekarang, tak mampu sebenarnya. Kesedihan aku lagi terlebih dari kebahagian yang aku cari :(

Kadang-kadang aku pura-pura happy depan kawan-kawan aku. Aku tak sanggup nak cerita dekat dia. Tapi kalau aku rasa sebak aku terpaksa cerita jugak. Aku tak tahan! Aku tak kuat! Aku tak tahu kenapa aku suka dia. Dan macam mana aku boleh tersuka dia. Memang aku tahu dari dulu dia suka aku tapi waktu tu aku tak boleh terima dia. Macam aku cakap semua benda yang jadi mesti ada sebab. Tapi lepas dia hilang tetiba baru aku terasa kehilangan dia. Baru aku mencari dia. Bukan aku tak hargai dia selama ni tapi aku nak tengok sejauh mana dia macam gini. Salah aku jugak sebenarnya dan aku mengaku silap aku :')

Perkenalan aku dengan dia sejak Form1 lagi tapi itu dulu waktu budak-budak lagi. Apa tahu couple itu semua kan haha betol! Tahun demi tahun sebenarnya ia memantangkan kita untuk belajar benda yang baru dari segi fizikal, mental, kasih sayang, percintaan, sahabat dan lain-lain. Macam aku cakap yang aku baru sedar kehadiran dia selama ni. Tapi baru aku nak nikmat kebahagian antara aku dengan dia, dia mula back off without any words from his mouth even we don't have any official relationship. Seriously it make me upset :/ How can I stand for this alone? Everyone told me that just forget him. I try but I can't.

It starting from this.... K dia minta aku bawak dia jalan-jalan lepas aku dapat lesen nanti. So satu hari tu aku bawak dia dan aku tahu dia akan tuntut jugak niat dia tu suatu hari nanti. Then aku bawak dia jalan-jalan for the first time. Seriously aku awkward jugak sebab dia dekat sebelah. Waktu ni lahh kebetulan tu bermula. K! We wearing the colour of shirt same. Black. Aku tak accept pun boleh tersama kan? So aku ignore lahh. Kata kebetulan namanya. Then kitaorang tak plan nak ke mana pun so I bring him to eat ice-cream at Tutti Fruiti. Makan ice-cream together! Lepastu aku bawak dia pergi bowling. Dia tak reti main   dan aku tahu tu :') That's why aku bawak dia pergi bwling jugak. Ada dia ajak aku main snooker? Haha pegang kayu dia pun aku tak reti k!

One night I have date with him and we plan to watch movie Titanic 3D. Kali kedua kebetulan kitaorang pakai baju colour putih. Aku tak perasan mulanya tapi dia yang yang cakap dulu. Then rasa macam ehh tetiba sama pulak *suka* Around 1am the movie was ending. Aku ajak dia makan tapi tak tahu nak makan dekat mana. Dia ajak kawan dia Nami dengan Zaim. Kawan sekolah rendah aku dulu haha ingat diorang dah tak ingat aku lagi dah. Kitaorang pergi lepak dekat Zoro Tebrau. Borak-borak semua main game snooker. K dia ajar aku main game tu sebab dia gilerr snooker haha so aku tahu lahh sikit-sikit. Then macam boring main game Draw Something. Seriously awesome! Bertiga lawan satu haha I mean dia, aku dengan Zaim together. Nami alone! Haha rasa macam taknak balik sebab game Draw Something tuu :') Waktu tu aku terbuka dia punya text then seriously aku rasa down gilerr. Nak tanya aku tak berani :( Aku tak cakap langsung dengan dia sampai balik. On the way balik tu Zaim buat kerja jahat. K! Zaim suruh tutup radio sebab dia nak buka lagu dekat blackberry dia. Damn! Lagu Zaim buka macam mengajing dia dengan aku jee -,- Sakit hati jugak sebenarnya.


After three days, aku ajak dia pergi jogging sesama. Straight seminggu kita jogging dan dalam seminggu tu kebetulan lagi. Ada suatu hari tu tak tahu lahh asal perangai dia sweet sangat waktu tu. Seriously! Aku merajuk dengan dia then dia macam fed up dia tinggal kan aku dekat belakang. Ingat dia nak pujuk tau :/ Kejap lagi aku terlalai kejap then bila tengok depan dia dah hilang. Aku dah gelabah mana dia pergi? Tak kan tinggalkan aku dekat sini sorang-sorang? Macam mana aku nak balik ni? Aku dah fikir negatif :/ Mana dia ni? Tetiba dia datang dari belakang. Ya Allah dia lalu mana ni? Ingat lagi dia cakap..

'Lambatnyaa awak ni haish I dah pusing satu round ni tau!' *dia ketawa*
*kesat air mata* Aku ingat dia tinggalkan aku tadi. Dia jahat! Then he say sorry to me. Dia takde niat nak buat aku macam gini. Then dia starting bergurau dengan aku so I try to cheer up myself :') Dan haritu jugak lahh last aku jumpa dia after a week he still keep silent until now. So kalau pergi jogging mesti teringat dia. Lagi waktu bergurau senda dengan dia. How can I want forget him? :/

Lockout!


Benda ni tak plan pun sebenarnya sebab tetiba si Tiqa ni ajak keluar tengok movie. Ingat nak tengok Battleship tapi Tiqa dah tengok pulakkk so decide tengok Lockout. Okayy fun lahh jugak! Macam excited gituu bila aku tengok movie yang macam advantured haha itu lahh aku :) Movie around 3.45pm like that so have one hour before movie. So kitaorang pergi makan cake Secret Recipe. K! Bukan lama lagi nak choose cake apa nak makan haha last-last I choose New York Cheese cake with Ice Blanded Chocolate. Yang Tiqa punya Chocolate Fudge cake with Ice Lemande. Awesome that cheese cake! Then going to MPH bookstore. K that time tak sangka pulak jumpa Kak Ana dengan Shah. Dari jauh tengok 
'Ya Allah handsome siak mamat ni! *ketawa* Tapi asal macam kenal jee ni? :O'
Lahh Shah Razmi rupanya haha Shah ni bila jee tak handsome kan. Ehhh! Correction haha time dia tak shave jambang dia jee lahh look so messy! Waktu tu nampak macam orang laki baru putus cinta haha lol k just joke! Tapi dekat tempat kerja pun sometimes dia boleh buat aku melting with his attitude. Oppps kantoi! Lol even macam annoying jugak kan. Sumpah rindu gilerr dekat orang Ayam Penyet semua! Boss, Kak Ana, Shah, Kak Miza ahh semua lahh kan :') Lepas tu ada Kak Ana tanya....
Kak Ana : Kau bila lagi nak datang makan dekat situ lagi dik?
Me : Ahh segan lahh kak nanti datang *tersipu malu*
Kak Ana : Ehh mengada *ketawa* datang jee lahh makan situ

K actually memang nak datang pun tapi takde masa kan.... Akak tunggu Dyba datang ehh? Haha dengar pun nanti diorang ni semua nak benti sebab boss besar macam asdfghjkl sikit. Cerewet nak mati! Haha semua dah tak tahan kan. Yang Shafiq pulak dah dapat dah beli motor. Itulah impian dia nak kerja sebab nak beli motor even umur dia baru 16tahun kan? Tapi perangai berlagak dah besar haha sabar jee lahh. Suka sangat  nak mengusik aku marah-marah. Ni aku takde mesti dia rindu nak marah aku ni kann fiq? Haha haritu tersempak dengan dia dekat Angsana nak cucuk duit. K mentang semua dah gaji kan apalagi pergi cucuk duit lahh kan... Aku nak makan ayam penyet dengan air soda gembira haha fuhh sedap! Lai lai datang Ayam Penyet Ria.

Boss Gee aku tu pun baik hati bagi duit seminggu lepas aku benti sebab nak beli portable charger. Actually dia dah janji dengan aku so kena lahh dia tunaikan *evil laugh* *joke* Tahu tak? K portable tu bateri spair. Aku nak beli ahh sebab Blackberry aku ni bukan boleh tahan sangat satu hari. Tu pun nak kena charge 2 kali sehari. Yela dah buka internet, lagu semua mana tak battery tak drain kan. Haish bila ni nak pergi Holoday Plaza? :( Tak sempat. Ecehh tempat lain menyempat jee kau pergi kan lol -,- After habis movie tu terjumpa pulak dengan ex boyfriend haha dia dengan Amin & Adib. Diorang ni menyempat lagi nak tengok movie kan harini. Padahal esok diorang exam mid-year ni. Haish korang ni tak agak kan :O
Now already on first May... K a lot thing I have through in my life. Many happiness and sadness i through. Sometimes it's hard to I accept all this thing. Tapi aku pasti ada hikmah disebalik kesusahan dan kepayahan aku selama ini.