27 Februari 2014, Khamis

Sabar

Setiap orang pasti punya kesabaran,
Tapi kesabaran dia ada had,
Ada tahap yang ditetapkan diri masing-masing,
Satu saat pasti akan meletus,
Meletus bak gunung berapi.

Aku mengaku,
Kesabaran aku tak sekuat besi logam,
Kesabaran aku tak setabah setengah orang.

Aku mudah marah,
Aku mudah naik angin,
Dan aku mudah sakit hati.

Bukan aku tak cuba,
Malah aku cuba untuk belajar bersabar,
Tapi aku tak mampu.

Satu sahaja cara untuk sejukkan hatiku ini,
Iaitu abaikan.
Iyaaa,
Itu saja yang mampu untuk aku lakukan untuk diriku ini.



7 Februari 2014, Jumaat

Ego

Kalau kau tahu apa aku rasa, 
Kau mesti akan cuba untuk memahami,
Tapi aku tahu kau tak akan faham dan tak nak faham.

Ini semua disebabkam ego,
Ego yang tinggi melangit,
Ego yang tak akan ke mana-mana.

Tinggalkan saja ego mu itu,
Ataupun buang teros,
Teros saja campak ke laut.


4 Februari 2014, Selasa

Hidup

Bukan mudah untuk ku teirma orang sebarangan,
Bukan mudah untuk ku cinta orang,
Dan bukan mudah untuk ku sayang orang.

Namun aku tahu,
Aku perlu tabah untuk menempuh hidup yang penuh dengan pancaroba,
Banyak lagi yang aku perlu pelajari,
Dan banyak lagi yang aku masih perlu pelajari untuk terus hidup.