4 Mac 2014, Selasa

Kuala Lumpur

Manusia di cipta pelbagai bentuk rupa, warna dan saiz,
Masing-masing mempunyai kelainan,
Tiada yang sama,
Kalau yang ada sekalipun,
Hanya segelintir sahaja,
Tidak banyak.

Pelbagai ragam dan kerenah manusia di ibu kota ini,
Banyak gaya dan cara yang aku perhatikan,
Ada yang rajin,
Ada yang malas,
Ada yang terlalu mengejarkan duniawi,
Semua terlalu taksub untuk puaskan nafsu mereka untuk peroleh harta kekayaan,
Harta yang tidak akan dibawa mati.

Aku sedar,
Kekadang aku juga sering alpha,
Seringkali terlalu ikutkan hawa nafsu,
Namun,
Aku hanya punyai matlamat,
Matlamat untuk peroleh keputusan cemerlang,
Matlamat untuk membanggakan mak dan abah suatu hari nanti.

Itu janjiku!

1 Mac 2014, Sabtu

Aku

Sedar tak sedar 7 bulan aku menetap di sini,
Masih bersisa baki 3 tahun 3 bulan,
Untuk apa waktu itu?
Untuk aku melanjutkan pelajaran,
Untuk menambah ilmu,
Untuk peroleh keputusan cermelang.

Tapi sedar tak?
Banyak perkara sebenarnya yang kita fikir untuk menetap di sini,
Kos sara hidup yang tinggi,
Makan dan minum, 
Membeli-belah, 
Dan apalagi?

Banyak,
Banyak sebenarnya duit yang perlu kita guna,
Tapi selalu kita meminta-minta dari mak dan abah,
Sedangkan duit pinjaman sayang untuk gunakan,
Tidak pun habis, 
Habis buat berjoli dengan perkara yang tiada faedah.

Sedarlah,
Bangkitlah,
Laksanakan tanggungjawabmu sebagai seorang mahasiswa dan mahasiswi,
Apa lagi pengorbanan yang perlu kau berikan untuk mak dan abah suatu hari kelak?