27 Februari 2014, Khamis

Sabar

Setiap orang pasti punya kesabaran,
Tapi kesabaran dia ada had,
Ada tahap yang ditetapkan diri masing-masing,
Satu saat pasti akan meletus,
Meletus bak gunung berapi.

Aku mengaku,
Kesabaran aku tak sekuat besi logam,
Kesabaran aku tak setabah setengah orang.

Aku mudah marah,
Aku mudah naik angin,
Dan aku mudah sakit hati.

Bukan aku tak cuba,
Malah aku cuba untuk belajar bersabar,
Tapi aku tak mampu.

Satu sahaja cara untuk sejukkan hatiku ini,
Iaitu abaikan.
Iyaaa,
Itu saja yang mampu untuk aku lakukan untuk diriku ini.



No comments:

Post a Comment