29 April 2014, Selasa

Dia bermula dengan perasaan benci kepada seseorang dan apabila sudah kenal, makin lama perasaan benci tu bertukar. Hati aku lembut macam tisu. Mudah suka orang. Mudah untuk benci orang. Biasalah perasaan manusia. Kadang-kadang aku tak mengerti mengapa aku begini. Aku macam bodoh. To noob like peolpe like him. Sebab aku tahu, dia tak akan suka aku. Dia hanya anggap aku sebagai kawan. Dan dia hanya mencari waktu aku susah.

 Tak dinafikan jugak, kadang-kadang aku mengeluh apa yang aku lakukan. Aku tak tahu mengapa aku begitu baik hanya kerana untuk dia. Kau bodoh! Sedangkan dengan rakan-rakan kau, kau berkira, berkira itu ini. Nampak tak sebenarnya kau suka dia. Aku selalu nafikan perasaan ini. Sebab aku tahu semua ini mustahil.

Orang cakap aku bodoh sebabnya kau give up. Kau tak usaha apa-apa tapi kau dah give up. Kau tak akan dapat dia kalau kau tak usaha. Aku bukan give up tapi hati aku......... Erghhhhh entah lah! Aku takut. Aku tak ada keyakinan diri. Aku lemah sangat kalau bab hati dah perasaan.

Kawan aku lihat aku dan dia macam pasangan kekasih. Tapi itu hanya padangan dia saja. Tapi hakikatnya hanya seorang teman. Apabila aku menafikan tentang perasaan ku, tentang andaian rakan ku, rakan ku lagi seorang berkata "Kau heartless!"

Cuba kau pakai kasut aku, tengok sama ke tidak saiz kaki kau dengan aku? Tidak sama, bukan? Kau perlu mengerti yang perasaan dan hati aku tak sama macam yang kau sangkakan. Aku terlalu memikirkan negatif. Aura negatif terlalu banyak dalam tubuh ku sehingga aku hilang keyakinan ku. Aku takut hati aku terluka sebab banyak kali aku dah merasa semua ni.

Biar lah, biarkan lah untuk aku suka dari jarak jauh. Biar hubungan kita hanya sebagai seorang teman. Aku akan bahagia apabila kau pun bahagia wahai sang pujagaku.
28 April 2014, Isnin

It's about last minute or other word is unplanned.

Janji nak pergi berempat tapi pergi berdua je sebab lagi dua tu pergi class. Jadi, nak tak nak okay teruskan jugak. Dia datang rumah aku sebab nak park motor. Dia pakai baju maroon. Aku pulak tudung maroon baju putih. Takde chemistry pun. Kitaorg jalan kaki sebab takkan nak biar aku jalan sorang kan? Takkan nak bonceng dia pulakkan? Itu semua tak akan. Aku tak tahu lah dia ni biasa jalan kaki ke tak. Aku dah warning awal-awal jangan ngadu penat. Aku ni jahat jugak eh sebabnya aku selalu ngada-ngada dengan kawan aku tapi tak dengan dia. Kira acah-acah kuat depan dia gituu.

'Jauh lah Dyba rumah kau' sambil buat muka sedih. "Excercise lah sikit. Gym boleh pulak pergi."

Kitaorg makan dulu dekat Sri Bayu sebelum teruskan assignment tu haa. Sampai situ haaa adalah budak coursemate. I don't know what's wrong this guy looking me so weird. Aku pakai tudung terbalik ke macam mana? Haaa tak ada pulak aku tengok. Okay whatever. Dia ni pulak boleh duduk lepak dengan coursemate tu. Haiyoo nak kena marah suruh makan dulu ke macam mana? Dia ni pelik sikit. Bila makan mesti berpeluh. Macam orang baru balik jogging. Dia mintak tisu dekat coursemate tu lepas tu diorg adalah cakap apa entah bahasa kelatan. "Aikk nervouse ke makan depan gewe? Haha" Gitu lahh bunyinya.
Habis makan smoke. Itu je lah kerja dia. Kitaorg buntu sebenarnya nak cakap apa dekat bank karang. Ni semua sebab assignment.

Idea aku assume kita student je tapi dia ni lagi efficient nak assume laki bini. Tingginya imagination kau. Aku ikutkan je apa dia berbual bla bla bla....... At the end sampai bank okay masing-masing speechless. Dia ajak turun bawa kejap nak bincang. Okayy ikut.

"Apa dohh nak cakap dengan orang tu?" " Weyhhh cakap je lah apa yang kau dok bebel tadi haiyaaaa"

Naik balik jumpa orang bank tu, k orang tu macam tak nak layan. Hampehhhh! Mamat ni dah bengang dah macam nak blahhh. Aku pun dok fikir apa nak tanya lagi. Last-last aku give up aku blah. Mamat ni teros bebel itu ini nyirap semua apalah. K aku rasa apa yang dia rasa semua.

Bila korang dah give up, korang sambung balik tak? Mesti lah takkan. Sama macam kitaorg. Plan nak balik dah masa tu tapi disebabkan mendung tak jadi balik. Kalau aku lepas je sampai rumah tapi mamat ni takut tak lepas je sebab dia ride. So, we all decide stop for awhile at bustop.

BUSTOP
Dekat sini lah kitaorg tunggu sampai lah hujan betul-betul berhenti. 4.30ptg sampai 6.30ptg. Selama dua jam tu kitaorg berbual benda yang dah lepas. Dan waktu itu lah jugak aku tahu serba sedikit tentang dia. Banyak sebenarnya aku tak tahu pasal dia. Tapi banyak cerita pasal ex dia buat aku macam apahal dengan perasaan aku ni? Jealous ke apa ni? Haihhhh serabut sebenarnya. "For what reasons you want to jealous Dybaa!" Aku dengarkan je lah dan aku tahu dia masih sayangkan ex dia tu walaupun dah dekat 3 tahun diorg break-off.

Hati aku ni cepat sangat suka orang. Bila ada lelaki care sikit haa mulalah nak melting. Dulu aku tengok dia annoying sangat. Sangat! Aku kenal sebab satu class FAR. So kira just once a week can see him. Aku tak gila suka dia tapi entah lah perasaan ni mudah sangat tertarik dengan dia. Itu lah siapa suruh benci kan dah suka. Haihhh~! Sementara je ni perasaan ni. Sementara hmm!

26 April 2014, Sabtu

Ingat tak bestfriend aku yang aku pernah story sebelum ni? Hmm tak ingat lah tu. Takpe lah. Minggu ni dia turun KL lagi jadi baru kesempatan nak jumpa. Senang aku mention dating je untuk kefahaman orang. Sebab berdua je. Aku rasa dating paling advanture yang aku pernah rasa. Sebelum ni kalau dating naik kereta jee. Tapi harini kitaorg guna public transport. Naik LRT lepas tu jalan kaki. Banyak guna kaki sebenarnya sampai dia pun dah penat.

Kitaorg tak janji akan jumpa pukul berapa sebab dia kata maybe 11 pagi or 12 tengah hari gitu sampai. Aku assume pukul 12 jadi 11pagi aku dah mandi semua siap packing baju sekali sebab tidur rumah abang malam ni. Kulit muka aku problem masa tu so take time jugak nak repair bagi okay sebab jumpa orang. Aku ni jenis low confident. Bila ada something (pimples) dukk tumbuh dekat face haiyooo memang lama lah aku recover semula bagi nampak okay. I try to be perfect to my bestfriend :'( 

 Aku tipu dia aku baru keluar rumah padahal lepas setengah jam baru aku keluar rumah. Cerita dia kalau nak sampai ke destinasi setengah jam. Jadi bermakna satu jam dia menunggu. Dah sampai aku whatsapp

"Kat mana?" 'Dekat depan Nose. Dekat dengan SR kita pergi dulu'

Aku sempat lagi bergurau...

"Jangan terkejut kalau jumpa Dyba dah gemuk. Hihi" 'Tak kisah lah gemuk ke apa. Dah sejam ni tunggu haihhhhh'

Aku jalan straight sampai lah aku terasa orang dongak pandang aku dan aku pun macam "Ehhhh Faiz!"  He just keep looking at me. Aku tahu tengah bengang dengan aku sebab sejam tunggu. First question he ask "Pukul berapa sebenarnya keluar rumah?"  Dia marah sangat dah tu. Dan selepas lepas tu dia cuba untuk tipu aku. Banyak dia kenakan aku balik. "Sebagai ganti Dyba lewat sejam tadi" Ahhhhhhhhh sedihhhh :'(

Typicall problem, Nak makan mana? Lepas tu takde jawapan. Aku dah suggest semua tapi cara dia macam dia taknak. Last, makan dekat The Manhattan Fish Market by his suggestion. Choose one menu and can share for 2 person. Rasa macam manis tak kalau makan dengan dia? Luls. Tiket pukul 2ptg. Dia saja salahkan aku lagi sebab aku lambat jadi waktu untuk makan pun lambat. Bila nak pergi amik tiket hmm kena lagi. 

"Dyba, Faiz pilih seat sorang-sorang. Dyba duduk hujung Faiz pun hujung. Sebab tiket dah full."

Wehh cuba kau bayangkan kalau korang kat tempat akuuuu! Kalau macam gitu prefer tak payah tengok kot kalau seat jauh-jauh. Sampai tiket dekat tangan. Damn! To noob I believe him. He answer the same that is the revenge for you. We watching movie Brick Mansions.

Pergi Topman dia nak beli baju baru. Window shopping. Lepas tu, nak pergi PWTC ada pameran buku. Aku nak beli buku FIXI. Jadi dia kena teman haha aku tahu dia budak pandai maybe bosan dah nak pergi kedai buku. Dapat lah beli 7 buah buku guna voucher BR1M. Kitaorg haus jadi nak minum Starback. K kitaorg sanggup ke Times Square sebab situ paling dekat. Paling advanture yang aku cakap tadi ialah kitaorg berhenti dekat stesen Hang Tuah dan jalan kaki. Selalu aku akan transit naik monorel tapi apa kena entah aku ajak dia jalan kaki. 8malam baru balik dan dia ajak naik monorel. Ahhhhhh sesakkkk :'( He force me. Monorel penuh tapi dia sempat masuk tapi aku tak and the end he grab my hand. 

Aku start membebel kat dia. Pot pet pot pet mesti panas dia dengar. At last, we take LRT. Reach at Masjid Jamik we seperate. Take care dude! I dont like to say goodbye actually cause it will make me so sad. Hmm


26 April 2014, Sabtu

Hati

Dah dipesan suruh jaga hati,
Tapi degil!

Dah dipesan suruh batukan hati,
Tapi degil!

Dah dipesan suruh kuatkan hati,
Tapi degil!

Degil!
Ia itu sesaui untuk diri kau yang degil,
Sekarang sakit,
Sekarang sengsara menderita kecewa,
Siapa yang kisah?

Tak ada siapa!
10 April 2014, Rabu

Kau

Aku mudah goyah dengan pujukkan rayu mu,
Suara mu,
Cara mu,
Senyuman mu.

Aku tak sedar semua ini,
Adakah perasaan suka ku datang kembali?

Aku tak mahu menggunakan perkataan 'cinta',
Sebab aku terlalu sukar,
Sukar untuk memahami apa itu cinta sebenarnya.

Aku janji pada diri ku,
Yang ku tak mahukan lelaki buat sementara waktu,
Tapi,
Aku ingkar janji ku itu.

Ya Allah kau kuatkan hati ku ini,
Hilangkan perasaan hati ku ini,
Kerna aku tahu,
Aku tahu pasti suatu hari nanti,
Aku akan terjatuh,
Hati aku terluka.