4 Mac 2014, Selasa

Kuala Lumpur

Manusia di cipta pelbagai bentuk rupa, warna dan saiz,
Masing-masing mempunyai kelainan,
Tiada yang sama,
Kalau yang ada sekalipun,
Hanya segelintir sahaja,
Tidak banyak.

Pelbagai ragam dan kerenah manusia di ibu kota ini,
Banyak gaya dan cara yang aku perhatikan,
Ada yang rajin,
Ada yang malas,
Ada yang terlalu mengejarkan duniawi,
Semua terlalu taksub untuk puaskan nafsu mereka untuk peroleh harta kekayaan,
Harta yang tidak akan dibawa mati.

Aku sedar,
Kekadang aku juga sering alpha,
Seringkali terlalu ikutkan hawa nafsu,
Namun,
Aku hanya punyai matlamat,
Matlamat untuk peroleh keputusan cemerlang,
Matlamat untuk membanggakan mak dan abah suatu hari nanti.

Itu janjiku!

No comments:

Post a Comment