29 April 2014, Selasa

Dia bermula dengan perasaan benci kepada seseorang dan apabila sudah kenal, makin lama perasaan benci tu bertukar. Hati aku lembut macam tisu. Mudah suka orang. Mudah untuk benci orang. Biasalah perasaan manusia. Kadang-kadang aku tak mengerti mengapa aku begini. Aku macam bodoh. To noob like peolpe like him. Sebab aku tahu, dia tak akan suka aku. Dia hanya anggap aku sebagai kawan. Dan dia hanya mencari waktu aku susah.

 Tak dinafikan jugak, kadang-kadang aku mengeluh apa yang aku lakukan. Aku tak tahu mengapa aku begitu baik hanya kerana untuk dia. Kau bodoh! Sedangkan dengan rakan-rakan kau, kau berkira, berkira itu ini. Nampak tak sebenarnya kau suka dia. Aku selalu nafikan perasaan ini. Sebab aku tahu semua ini mustahil.

Orang cakap aku bodoh sebabnya kau give up. Kau tak usaha apa-apa tapi kau dah give up. Kau tak akan dapat dia kalau kau tak usaha. Aku bukan give up tapi hati aku......... Erghhhhh entah lah! Aku takut. Aku tak ada keyakinan diri. Aku lemah sangat kalau bab hati dah perasaan.

Kawan aku lihat aku dan dia macam pasangan kekasih. Tapi itu hanya padangan dia saja. Tapi hakikatnya hanya seorang teman. Apabila aku menafikan tentang perasaan ku, tentang andaian rakan ku, rakan ku lagi seorang berkata "Kau heartless!"

Cuba kau pakai kasut aku, tengok sama ke tidak saiz kaki kau dengan aku? Tidak sama, bukan? Kau perlu mengerti yang perasaan dan hati aku tak sama macam yang kau sangkakan. Aku terlalu memikirkan negatif. Aura negatif terlalu banyak dalam tubuh ku sehingga aku hilang keyakinan ku. Aku takut hati aku terluka sebab banyak kali aku dah merasa semua ni.

Biar lah, biarkan lah untuk aku suka dari jarak jauh. Biar hubungan kita hanya sebagai seorang teman. Aku akan bahagia apabila kau pun bahagia wahai sang pujagaku.

No comments:

Post a Comment