Kolej Matrikulasi



The first thing I would to say Alhamdulilah because this is the first one I get. Maksud aku tawaran ni lahh sebab macam kawan-kawan aku lain semua dah dapat apply memana. Siap kena panggil interview untuk foundition. Alahai bestnyaa korang pandai-pandai :) K aku pun kena lah usahakan? Haha sekarang semua busy tanya dapat matriks or Form6 tak? Siap check via SMS sebab masing-masing internet slow. K kena lahh faham satu Malaysia ni nak check. Ingat Johor jee apa? -,- *baling dengan durian kang baru tahu macam mana haha k merepek~ Ini pun nasib aku dapat check dekat internet. Jimat kredit aku haha *ketawa zaman remaja sekarang Padahal nothing pun setakat 20sen pun nak berkira apahal lah sangat.

 Hmm k aku dapat matriks ni. Sila lahh lihat di atas. Kursus apa? Nampak tak aku punya kursus M001-Sains. Means aku dapat Sains Hayat. Tak silap aku lahh kan, aku mohon Sains Fizikal tau! Then how can I get this? *buat muka blurr kejap Tapi aku tak prefer nak jadi doktor pun sebab bio aku tak kredit. Lagipun aku ni jenis tengok benda pelik-pelik mesti geli semacam. Naik meremang bulu roma aku. K tak tipu! Means kalau aku nak jadi doktor k failed -,- Yeahh tapi itulah cita-cita aku masa kecik-kecik dulu nak jadi doktor tapi apa boleh buat. Cita-cita aku tak kesampaian sebab aku geli tengok benda yang weird. That's all!

Berbalik kepada cerita pasal matriks ni kan, kebanyakkan kawan-kawan aku dapat dekat Tangkak Johor dengan Negeri Sembilan. Aku rasa random kott dia pilih haa tak tahu lahh. Aku dapat Tangkak and alhamdulilah dekat sikit :) Persoalannya~ Jeng jeng jeng jeng jeng *background lagu Nightmare by Avenged Sevenfold 

'Nak pergi ke tidak ni?' -,-
K aku tak tahu! Lagipun dia bagi kursus Sains Hayat and awal-awal lagi aku dah surrender *kibas bendera putih lol Bukan hape lahh meh sini cik nak habak mai susah nohh Sains Hayat tuu. Dia kena cekap, pantas dah efficient. Me slow to catch up. Aku ingat kalau tukar kursus perakaunan confirm aku pergi weyh! Haha itu lahh kan dapat ke masalahnya ni? Lagipun tadi ada dengar perbualan mak dengan abah pasal matrik ni yang aku nak tukar kursus perakaunan.

Mak : Abah, cuba telefon Encik *terlupa nama tanya boleh tak tukar kursus?

Abah : Telefon siapa? Kursus apa ni?
Mak : Alaaaa yang pasal matrikulasi Dyba ni haa. Cuba call orang tuu tanya boleh tukar ke tak? Yang lecturer Azrul duluuu.
Abah : Haa yela nanti abah call.

Itu jee lah yang aku dengar dan kemungkinan abah akan call dan mintak tukar. K macam aku cakap tadi lepastu confirm aku pergi sebab kursus perakaunan. Aku dah target since form4 yang aku insyAllah bakal jadi akauntant suatu hari nanti. Kalau kita minat insyAllah pasti akan berjaya. Aku ingat lagi apa yang cikgu cakap sampai sekarang dan aku pegang kata-kata cikgu aku itu.

Kalau kita usaha insyAllah usaha kita yu pasti berkesan tapi kenalah banyak bersabar dan bertawakal kepada Allah

Tapi tak boleh lah nak harapkan matrik ni jee sebab tawaran UPU belum keluar lagi. Dengar kata ehh silap bukan dengar kata lahh tapi pasti haha 7 Mei ni keluar keputusannyaa. Dan waktu tuu jugak semua busy nak buka internet nak check keputusan UPU lepastu kejap lagi
'Wehh korang dapat tak? Dapat tak? Aku dapat ni weyh! *ketawa gembira'
K dah biasa dah lumrah hidup~ haha semua macam tuu kan? Ecehh kau tak mengaku pulakk lol lagipun sempat lahh aku tunggu tawaran UPU ni keluar sebab tarikh daftar matriks tu 28 Mei. Lepastu baru lahh boleh decide nak masuk mana. Can't wait bebeh!

No comments:

Post a Comment