25 July 2014, Jumaat

Me : Cha, kalau kita jealouse tengok orang tu dengan orang lain, kita suka dia ke? Padahal kawan je pun.
Ecah : Bagi Cha, tu consider as kita ada perasaan kat dia. Kita suka dia. Tapi kita tak tahu banyak mana kita suka dia.
Me : Tapi kita suka orang lain. Kenapa nak jealouse tengok dia pulak -.-
Ecah : Mungkin kita suka pada orang tu hanya sbg crush. Orang tu pulak mngkin ada perasaan di hati kita tanpa kita sedari.
Me : Hmm kenapa gitu pulak? :(
Ecah : Mungkin sebab orang yang kita jealous tu selalu bersama kita. Takpun dia ada dengan kita. Gelak ketawa gaduh dengan dia. Benda benda macam gitu mampu untuk hadirkan perasaan.
Me : *Sigh* :(


1 July 2014, Selasa

Hari demi hari aku dah tak ingat dah crush aku tu. Hmm entah lahh macam makin lama dah tak herann. Haritu masa exam, kemain gila kau datangkan Dyba dok teringat crush kau tu haaaaa. Ni dekat rumah tak heran dah hahaha nasib pointer kau okayyy. Well, cakap pasal pointer, alhamdulilah ada peningkatan and lagi kosong point kosong lima nak Deal List :( Takpe lah takde rezeki untuk semester ni. InsyAllah semester depan. Thanks jugak untuk kawan-kawan aku yang bantu mana yang aku tak faham. Serious, terhutang ilmu dengan Aslam sebabnya dia ajar aku sampai aku bebetol faham and dia banyak bersabar. Serba salah pulak dengan dia sebabnya aku treat dia teruk gila teramat sangat sampai dia sentap dengan aku. Tapi nasib baik lepas tu dia dah okay. 
24 June 2014, Selasa

Dah lama plan sebenarnya nak turun KL. Sebabnya nak amik barang dekat rumah sewa lepastu lepak dengan Fad. Datang KL pun sesenyap je tak bgthu sesiapa kecuali Fad sorang. Tengok lah kt group diorg plan nak kluar malam ni haha aku pun whatsapp Chaa suruh amik. Dia pun terkejut yang aku ada kat KL. Lepas tu pergi rumah Yid, nak kena amik dia dengan Aslam. And thennnn supriseeeee! Haaaa tapi diorg tak terkejut pun. Lagi tanya macam gini 'Kau buatapa datang KL Dyba?' Paling kurang pun acah acah macam suprise sikit, ni takkkkkkk. Lol

Plannya Fad nak ikut sekali tapi mak dia tak bagi so kitaorg berempat je lah. Takde hala tuju sebenarnya malam tu. Pergi rumah Fad hantar barang, lepak kat TTDI, last pergi Putrajaya sampai ke subuh. Dekat pukul 5 gitu lah baru balik tapi diorg pergi stesen Putra jap amik housemate Chaa. Aku tidur masa otw pergi Putra, then tak tahu lah macam mana Aslam terusik aku kot sampai aku terjaga. Muka aku macam nak nangis lepastu Aslam pujuk suruh tidur balik haha sakai gilaaa. Kira macam budak kecik nak nangis kalau orang kacau tidur dia. Haha lebih kurang gitu lahh. 
3 June 2014, Selasa

Kalau nak ikutkan, dari semalam petang aku dengan diorang ni semua bersama sampai lah ke pagi tadi nak exam. Ya Allah seriously adventure gila kot. Petang semalam pergi makan tgah hari dan kemudian Payyid pick up dekat lrt Damai pergi YS submit assignment. Start maghrib ke malam banyak sangat melagha sampai lah jam 12.30 tgah malam pergi Mcd bulatan pahang study dekat situ. Tapi semua sibuk kempunan durian hahahahahaha serious macam hapee dah semua ngidam :') Kitorg semua cari durian kejap sampai ke Keramat perginya. Lepastu, makan dulu sebelum masuk mcd. Habis ahhhh mcd bau durian dengan korang semua hahaha kalau fikir balik ngidam terok semua dohhh. Serious kelakar.

Ikutkan plan aku yang patut ajar Aslam haha tapi terbalik. Dia pulak yang ajar aku sampai aku faham. Kitaorg review one by one chapter. Untuk satu chapter amik masa jugak lah. He is really nice person. But I can't accept him if he likes me. Kitorg semua macam gilaa study pagi tu sampai ke subuh. Ni lah namanya study last minute. Harap korang semua jangan macam gini lahh eh. Kitorg semua all out nak kasi sampai faham apa yg kitorg belajar. Dan juga hari terakhir untuk semester ni kitorg study sesama.

Tepat 5pagi, Payyid ajak balik sebab dia tak tahan ngatok sangat dah tu. Tapi nak balik tu satu satu jadinya.Tak tahu sign for what. Damn, think to much! Fadil kunci hilang. Kitorg dah smpai Kg Baru, nak tolong Fadil pun tk boleh buatapa. Lepastu, kertas terbang bila Payyid bawak kereta. Ya Allah pagi tu memang kelam kabut gilerrr. Rupanya kunci tu dalam poket dia je pun. Saja buat semua gelabah. Aku sempat lah tidur sejam. Then bangun sesiap Payyid dah kat bawah. Nak pergi awal katanya. Sampai YS aku pasrah je lah apa yg aku belajar semalam aku jawab. Alhamdulilah sejam sebelum habis waktu, aku keluar. Arghhhhhhhh macam nak jerit je sebabnya paper ni aku boleh jawab dengan senang hati :)) And we all freedom! 

Ada lah bebudak ni dah tunggu kat bawah. So happy semacam, boleh jawab lah tu kott. Hahahaha selfie kejap. Last day katanya. And well..... I find my crush. For the last time I will looking him, maybe. Hmm he wearing red long sleeves. Damn it what I feel right now :(( Aten said, we can start our mission nowwww Dybaaaaaa. Me? When I think carefully, I dont think so he will likes me too. 
30 May 2014, Jumaat

2.37 am still study and doing some revision for today's paper Management at 9.00 am........ Tak tahu lahh kenapa tengah study asyik terfikir crush. Kadang that guys yg admire aku tuu. Ahhhhh shit! Stress aku tak boleh nak focus hafal dengan Fad. That guy bergurau kemain lagi. Siap mengaku aku bini dia hahaha whtsoever ahhh. Tapi kadang ada jugak aku cakap kat kawan yg laki aku mana? Entah lah macam semua orang tahu je pasal kitorg padahal takde apa pun. Just declare illegal as husband and wife. What so funny? That is nonesone. About that crush is start with I screenshot some conversation with that guy and send it to Fatennnn. And I know that she will screaming about this! Lepas tu mula lah Faten buat analisis, postmoterm bagai dan dari cara dia cakap Ya Allah kenapa lahhhh aku tak perasan semua ni? Kenapa sekarang baru perasan? Kenapa aku buta? Dan sekarang aku rasa dia dah give up dan dia taknak aku lagi dah. Sumpah sedih sangat. Tapi apa yang aku dengan Fad perasan lah kan yang andaian kitaorg 99% sangat lah betul! Tapi sekarang nak buat apa? Nak pergi mengaku dekat dia? Ahhhhhhhhhh sumpah taknak! Aku malu. Aku segan. :( 

Faten salahkan crush tu sebab tak masuk line cepat cepat. Dan sekarang that guy dah jatuh hati dekat aku. Aku back up crush tu yg aku cakap dia tak akan perasan aku yang aku suka dia. Dia tak akan tahuu. So tak boleh nak salahkan dia. Faten marah sebab aku back up. Lepas tu, mula lahh Faten buat andaian pendapat dia semua. 

"Dyba, actually kita rasa kan yang Crush tu memang dah tahu Dyba suka usha dia. Try tengok dekat time karaoke dulu. Dyba berdua dengan dia dan dia macam tak banyak cakap. Style macam gitu selalunya lah kan, lelaki tu ada hati dekat kita. Macam that guy, dia lonely & Dyba buat dia comfortable. So, by accident dia suka Dyba. But at the same time Dyba tak cakap Dyba tk suka dia so dia cosinder yg Dyba pun suka dia. Honestly kita cakapkan, kalau Dyba confornt Crush duluuuuuuu time dedulu, confirm he said yes! sebelum Dyba rapat dengan that guy. Serious talk!"

Dan lepas sesi temubual dengan Faten, discuss dengan Fad. Kitorang referesh everything what happen since we know that Crush. OMFISHHHHHH! Kenapa tak pernah perasan tu semua? Ada je aku rasa yg dia pun macam suka aku jugak tapi aku selalu avoid "Takkan dia suka aku" Dan itu lah aku selalu cakap diri aku. Tak mungkin. :'( Sekarang lepas dah throwback semua hmmm baru sedar.

I admire him since he cut off his hair. That time my heart non-stop vibrate when looking his picture. Damn he is handsome! But I know myself. I will crush on people just temporary. At the end I will stop like that guys. But for this situation I don't know why my instinct said he is soulmate. Eventhough, I will not confess to him. That is the crazy thing to doooo lahhhhh! I just admit that time I confess this guy is handsome directly at whtasapp group. So for sure, everyone will read. And everyone start to match I with him. Hahahaha gilaaa tak suka?! Ofc I just avoid. I said to them "Tunggu badan dia tough macam gini baru aku terima. Hahaaha" *send picture* Noobshit kau Dybaa! hahaha Haaaaa dia pun melayan okay kan aja lahhhh. I just assume all that things as a joke. They all know I dont have boyfriend that why alll my friends freaking shit doing this to me. Hahaha just joke. Actually, before they match me with Crush, they already match me with that guy first. Ahhhh sukahati korang je kan nak matchkan aku lols

Second, since all this guys my friend start playing with the gym, Fad attract to join them. Tapi aku cakap nanti lah sbb financial tak cukup, masa kita pun talde nak pergi dan bnyak lagi sebabnya. So, kitaorg plan okay semester 3 nanti baru join the fitness. Semua cakap aku gemukkk haha shit korang. Ni je jalan suruh join gym sebenarnya. Fad tanya everyhting dekat Crush about the gym. He keeps saying to Fad "Jangan lupa ajak Dyba sekali. Paksa dia hahaha kasi dia kurus sikit bla bla blaaaaa" Masa tu tak fikir apa sangat sebab haishhhh tak akan lah. Maybe dia saja je kan

Thirdly, semua dokk bahan aku dengan that guy. Tak ingat pasal apa tapi benda yg sweet diorg bahann. Okayyyy kalau korang suka orang tu tapi dia sweet dengan orang lain, k for sure jealous right? I think same on this situation. Suddenly he left the group! Then me was like..... Fad! Apahal doh dia left. Aku confirm lah mesti nak tahuu apahalkannn? Tak kan dia jealous? Dia suka aku ke? So aku suruh Fad tanyakan. But the answers is sangat lahh mengecewakannn. Dia cakap "Benda doh nak jealous"  Fad baru lah cerita yang selama dia whatsapp dgn Crush, dia tak pernah maki macam gini. Kira macam doh, sial bangang semua tu. Takde semua itu tapi hanya conversation pasal aku je tuu...... At the last dia cakap "Kau bawak lah Dyba jauh jauh" well aku nak highlightkan kat sini..... Bawak jauh jauh? Dia nak buang perasan tu terus ke? Dan conversation ni lah jugak Fad sorokkan dari aku sebabnya Fad taknak aku sedih. Sampai lah aku check phone Fad sendiri. Weyhhhhh seriously masa tu aku nak nangis je weyhhh dia cakap macam gitu. Nampak sangat dia tak suka aku :'( Start that day, I try to hate him. Just throw what I feel about him but the thruth is I can't. Makin kuat perasaan tu. Makin aku suka. Makin aku adore. Makin aku fall in love. Shit! Seriously I hate it what I feel right know!

Kenapa aku tak pernah dapat orang yang aku suka? Aku nak cuba jugak orang aku suka tu akan ada perasaan sama dengan aku. Aku akan bahagia sebab itu keputusan aku. Aku teringin aku sayang orang yang aku suka. Aku teringin semua tu nak rasa. Aku bukan tak reti bersyukur tapi aku nak jugak dapat orang yang aku suka tu. Aku hargai bila ada orang suka aku. Cukup lah dua kali aku dah buat orang kecewa. Aku dah cuba untuk sayang orang tu tapi aku tak mampu. Aku tanak tipu diri aku sendiri.

'Ya Allah, andai dia jodohku maka dekatkan lah hati kami. Kalau itu hanya perasaan sebagai persinggahan sementara aku terima seadanya. Amin"


28 May 2104, Rabu

Tak tahu lah kenapa dua tiga harini asyik terfikir je apa mamat tu cakap. Sebab dari cara dia aku tahu yang dia try nak usha. Duk mnegada-ngada dengan aku. Dia dah tahu tapi sibuk nak tanya kata tak tahu. Bila tengah berbual dengan orang, dia suka menyampuk Dyba! Dyba! Aku tahuuuuuuu dia nak attention tu je sebenarnya. Tapi aku saja je react macam noobshit sikit. Buat tak tahu semua tu. Buat tanya apa korang berbual ni. Tapi kadang aku memang jenis nak tahu macam detail something tu, aku tanya tapi diorang dokk gelakkan aku sebabnya diorg kata gurau je. Apa yang kau macam nak tahu over giler? Aku tanya je. Itu pun salah. Entah lah kadang aku tak tahu bilanya kawan aku gurau bilanya tak.

Fad je tahan dengan aku. Aku macam dah angau kat crush aku tu. Sampai Fad cakap "Aduh susah kau dah angau. Semua benda kau taknak buatkan. Lepas tu suka senyum sorang-sorang." Macam noob gilerrrr. Time tengah exam lah selalu perasaan cinta cintunn angau kemaruk tu semua datang. Shit! Selalu macam gini. Start SPM, matrik and now at University. Kalau lapan semester, lapan kali exam, lapan kali jugak angau dekat laki ke macam mana? Shit susah nak avoid apa benda yang aku rasa ni. Haihhhh

Jahat ke kalau aku tolak laki yang datang dalam hidup aku kemudian dia confess dia suka aku? Jahat ke? Kadang orang mesti akan cakap "Kau bodoh sebab tolak peluang yang ada depan mata. Kau sanggup tunggu dari benda yang belum tentu pasti akan jadi milik kau."

Kadang kalau orang cakap macam gitu, aku rasa macam nak bagi makan kaki aku size 5 ni haaaaa! Aku buat bersebab. Aku taknak mainkan perasaan orang. Aku taknak terima orang tu tapi hati aku suka orang lain. Aku bukan jenis yang mudah untuk sayang orang. Cuba sekalimanapun, tak akan sama sayang kalau aku dapat orang yang aku suka. Ini semua tentang perasaan. Kalau dok sibuk fikir perasaan orang, habis perasaan aku siapa yang tolong jagakan? Siapa yang nak tolong fahamkan? Tak ada siapa.
26 May 2014, Isnin

Empat hari berturut-turut kita belajar benda yang sama. Kita jumpa bersama. Kita lepak bersama. Dan aku mula perasaan tingkah laku kau, layanan kau, percakapan kau dan semua tentang kau. Ia seolah menujukkan apa yang aku sangkakan selama ni betul. Yang kau sebenarnya suka akan aku. Andaian aku pertama "Ehh tak lah. Tak mungkin dia suka aku. K sangat mengarut." Dan andaian kedua dan seterusnya "Apahal cara kau macam suka aku je? Aku tak suka lah. Bukan maksud aku, aku tak suka tapi aku tak ada perasaan dekat kau."

Aku tak tahu kenapa dengan dia mesti ada je benda nak argue. Aku taknak kalah. Dia pun taknak kalah. K memasing ego! Bila dah okay gaduh lagi. Kadang benda tu kecik je takde besar manapun tapi ada je aku nak argue. Sampai orang sekeliling kitaorg bosan nak tengok drama semua ni. Sampai ada orang cakap "Ishhh gaduh je korang ni. Aku kahwinkan jugak kang!" Itu memang dah bengang dengan kitorang tahap dewa lah kot sampai cakap macam gitu sekali hahahahaha. 

And today is the day, he ask me "What things that make you hate me?" 

Aku pun macam errr apahal mamat ni tanya macam gitu pulak? Aku takda jawapan untuk soalan dia tapi aku hanya jawab yang first impression aku tengok kau annoy. And you forever annoy to me. So everything what you do is make me annoying -.- Hanya jawapan tu je yang aku boleh bagi kat kau. 

Dan harini jugak, aku tak tahu kali ke berapa dia asyik cakap pasal kahwin je. Aku tak pernah terfikir lagi nak kahwin ni semua. Aku tak ready. Aku takut haha wht the hell! He keeps telling me this and that

"Dyba, kalau kita kahwin kau kena tahu aku makan apa. Aku tak suka sayur. Jadi kau tak perlu lah beli sayur sebab nanti membazir." Me "Errr otak kau. Ingat sihat tak makan sayur? Karang anak aku tak cukup zat."

"Dyba, kalau kita kahwin kau tak payah kerja. Takpe biar aku je kerja bagi kau nafkah semua. Tapi kalau kau nak kerja jugak, aku bagi sampai anak kedua nanti kau kena benti duduk rumah jaga anak." Me "Errrr asal pulak? Aku nak kerja jugak. Peduli apa aku."

"Dyba, kalau kita kawhin nanti kan anak-anak kita mesti ikut aku sebab aku dominant. 90% ikut darah aku." Me " Apa doh kau merepek. Tahu lah kau pandai hmm."

"Dyba, aku dah bagi kau nafkah semua. Apa lagi tak cukup? Anak je aku nak." Me "Oiiii kau apahal? &^&*% Haaaa kan dah mencarut!"

"Dyba, kenapa kau tak pernah layan aku baik? Apa salah aku dekat kau ehh?" Me "Sebab aku pernah cakap yang kau annnoy. So kau forever annoying depan mata aku."

Actually, memang dah semua cakap yang korang ni macam laki bini. Kadang kalau apa-apa mesti diorg akan cakap "Ni lah tunggu laki kau lambat siap" 'Bini kau tidur lagi lahh. Kejut sendiri lah' "Hahaha jealous lahh. Dia kan bini aku' etc. Banyak lagi sebenarnya. Tapi aku anggap gurau je semua tu sebab entah lah aku tak pernah nak serious. 
23 Mei 2014, Jumaat

Ni semua kebetulan ke macam mana? Dia sebenarnya nak confess kat aku ke macam mana? Ke aku yang tak perasan semua ni? Aku tunjuk dekat Faten dgn Fad. Diorg menjerit. Sebab aku rasa apa yang diorg fikir sama dengan aku fikir. Aku suka orang lain tapi kau pulak yang datang? Kau kawan dia. Aku tanak kau. Aku nak dia :( 

Mula bergurau je sebab dia perasan ada je orang suka dia. Aku tanya siapa? Dia cakap "Ada lah kot. Kau kan hadooo. Haha" Aku: 'Aku pulak buatapa? Emma kau kan hadoooo' Dia: "Emma buat tunggang. Eh tak betol ke kau? Haha" Aku macam apa maksud kau sebenarnya ni mamat oi? Errrr macam lah kau suka aku. Lepas tu dia haa okay good then dia teros tukar topic. Errrr dari situ macam dah boleh tahu apa yang dia nak cakap sebenarnya. Tapi aku buat macam tak tahu. 

Malam buat study group dekat kedai makan dan kau ada sekali. Kau mintak aku ajar aku tapi aku tak mampu nak ajar orang lain sebabnya aku tak mahir lagi. Karang aku ajar aku tanya orang. Baik orang lain tu yang ajar kau. Kau give up sebab semua boleh move on tapi kau baru nak bertatih belajar bagi subjek ni. Kau boleh sebenarnya kalau kau ada effort. Aku yang ada basic pun masih terkial-kial apatah lagi kau yang baru nak mula dari bawah. Aku support kau. Aku bagi nasihat. Aku respect kalau kau dengar kata-kata aku. 

Semua peratikan aku dengan dia malam ni. Dia tak makan habis, lepas tu Syuk cakap "Lepas ni kau masak nasi sikit je Dyba. Dia makan tak habis." Haaaaa mengada je dia ni makan tak habis. Dia ni boleh tahan jugak ehh makan memilih. Sayur pun tak makan errr hampehhh betul. Aku tanya "...... Kau okay?" Boleh pulak si Fadil ni perli. Dia ajuk balik cakap aku lepas tu ketawa-ketawa. Apa entah yang kelakar. Syuk pun sama komplot dengan Fadil jugak ketawa. Dengan kawan kitaorg semua dia ngaku aku bini dan aku kadang-kadang cakap jugak yang dia laki. Benda ni gurau je sebenarnya. Tipu lahh kalau gurau tak ada perasaan tapi aku suka orang lain. Haaaa macam mana ni?

Aku selalu cakap dengan diri aku "Kau tak akan dapat crush kau kalau kau rapat dengan orang lain." Habis tu sekarang crush tu memang tak akan perasan aku. Faten selalu cakap benda yang sama apa yang aku rasa. Habis tu sekarang macam mana ni? Aku takut mamat ni nanti confess dekat aku. Apa aku nak jawab ni? Kan bagus kalau yang confess tu crush aku. Dengan senang hatinya aku terima. Aku selalu tak dapat orang yang aku suka :(

Awkward dohhh kalau kau perempuan confess dekat laki. Buatnya dia tak suka. Dia reject kau. Tak malu ke? Sumpah malu gilerrr. Ada lagi 3 tahun kott kat sini. Jadi, 3 tahun kau tak akan senang hidup kalau dia reject kau. Dah lah ada whatsapp group. Crush tu pun ada. Mungkin pendam sampai habis semester :')
22 Mei 2014, Khamis

Aku ada sebab kenapa aku suka argue kau,
Aku ada sebab kenapa aku suka marah kau,
Aku ada sebab kenapa aku suka buat kau marah,
Semua aku buat bersebab.

Aku pernah terbaca,
Lelaki dan perempuan dalam persahabatan,
Akan timbul perasaan suka.

Kalau nak tolak statement ni sekalipun,
Dia tetap betul bagi aku.

Kau tolak lah sejauh manapun,
Pasti akan ada salah sorang antara mereka,
Yang akan timbul perasaan itu.

Dan itu lah sebab apa aku buat dekat kau macam gitu,
Aku taknak kau suka aku,
Aku tak akan mungkin suka kau,
Sebabnya aku suka orang lain.
21 Mei 2014, Rabu

Lawatan ke Port Dikson bersama rakan sekelasku bagi subjek Marketing. Crush aku dan lelaki tu ikut lawatan ni. Aku macam suka bila dapat tahu crush aku pun ikut. Tapi tak seperti yang ku harapkan. Macam takda apa pun sebenarnya. Aku tak tahu kenapa trip kali ni bosan sangat. Adakah sebab aku bukan orang yang mengihiburkan? Ahhh entah lah. Bagi aku yang seronok waktu mandi pantai. Waktu dia kena tanam dengan pasir. Waktu Fad kena tanam jugak. Dan jugak waktu naik banana boot. Kitorg semua berpuak-puak macam tk bergaul. Aku pulak yang stress sebab memasing buat hal sendiri. 

Waktu dia kena tanam ahhhhh aku perati jee dia. Kenapa aku suka dia? Dia tak akan pernah perasan kehadiran aku. Aku tahu dia minat orang lain dan orang tu ada juga masa lawatan ni. Dia jadi photographer kitaorg dekat sana. Sekali dua je berbual dengan dia itupun sebab tanya pasal kemera tu. Kalau tak, takdenya nak berbual dengan dia kan. Aku malu. Aku segan bila nampak dia. Tapi aku berlakon macam takda apa yang berlaku. Padahal hanya Allah tahu saja betapa bedebarnya hatiku ini. 

Fad cakap "Dyba, kau mesti suka tengok satu gambar ni." Bila Fad tunjuk k aku menjerit. Faddddddd! Tak tidur malam aku macam gini haha mnegadakan. Aku dah tahu dia tak akan suka aku sebab Fad pernah whatsapp dengan dia tapi aku tak tahu kenapa hati aku masih suka dekat dia. Damn! I hate this feeling. Ussually, once that people that I crush doing something wrong, automatically I will hate him. But this guy...... Dia manderem aku ke macam mana? 
15 May 2104, Khamis

Itu hanya kebetulan atau apa? Aku nampak dia aku malu, aku suka, gila aku segan. Sebab dia adalah crush aku. Ahhhh tak mungkin dia perasan semua tu. Ahhh tak mungkin dia perasan hati aku. Tak mungkin. Kawan aku semua pelik kenapa kau suka dia? Aku tak tahu apa yang hati aku membuatkan aku suka dia sejak dua bulan lepas. Hanya sebab dia potong rambut jadi pendek kau jatuh hati kat dia? Ahhh sudah kau angau dekat dia sebenarnya sekarang. Kawan lelaki aku tak tahu tentang ini. Kalau tahu, aduhhhhh habis masak aku dikenakan. Mesti dia taknak kawan dengan aku nantikan? Hmm sedihhhh. 
10 May 2014, Sabtu

Kenapa?

Kenapa lah kau buat aku rasa macam annoying? 
Kenapa lah kau amik ringan semua tu?
Kenapa lah kau tak fikir orang lain?
Kenapa? 

Kau tak tak fikir ke apa kawan-kawan kau cakap?
Kau tak rasa ke semua tu?

Aku boleh sabar selagi aku mampu,
Tapi aku tak pasti sabar aku sampai tahap mana,
Kerna suatu masa akan meletus jugak.

Iyaa,
Bila dah meletop kau akan tahu aku marah kau ke tak,
Kau akan tahu cara aku layan kau macam mana,
Kau akan perasan semua tu wahai kawan!

29 April 2014, Selasa

Dia bermula dengan perasaan benci kepada seseorang dan apabila sudah kenal, makin lama perasaan benci tu bertukar. Hati aku lembut macam tisu. Mudah suka orang. Mudah untuk benci orang. Biasalah perasaan manusia. Kadang-kadang aku tak mengerti mengapa aku begini. Aku macam bodoh. To noob like peolpe like him. Sebab aku tahu, dia tak akan suka aku. Dia hanya anggap aku sebagai kawan. Dan dia hanya mencari waktu aku susah.

 Tak dinafikan jugak, kadang-kadang aku mengeluh apa yang aku lakukan. Aku tak tahu mengapa aku begitu baik hanya kerana untuk dia. Kau bodoh! Sedangkan dengan rakan-rakan kau, kau berkira, berkira itu ini. Nampak tak sebenarnya kau suka dia. Aku selalu nafikan perasaan ini. Sebab aku tahu semua ini mustahil.

Orang cakap aku bodoh sebabnya kau give up. Kau tak usaha apa-apa tapi kau dah give up. Kau tak akan dapat dia kalau kau tak usaha. Aku bukan give up tapi hati aku......... Erghhhhh entah lah! Aku takut. Aku tak ada keyakinan diri. Aku lemah sangat kalau bab hati dah perasaan.

Kawan aku lihat aku dan dia macam pasangan kekasih. Tapi itu hanya padangan dia saja. Tapi hakikatnya hanya seorang teman. Apabila aku menafikan tentang perasaan ku, tentang andaian rakan ku, rakan ku lagi seorang berkata "Kau heartless!"

Cuba kau pakai kasut aku, tengok sama ke tidak saiz kaki kau dengan aku? Tidak sama, bukan? Kau perlu mengerti yang perasaan dan hati aku tak sama macam yang kau sangkakan. Aku terlalu memikirkan negatif. Aura negatif terlalu banyak dalam tubuh ku sehingga aku hilang keyakinan ku. Aku takut hati aku terluka sebab banyak kali aku dah merasa semua ni.

Biar lah, biarkan lah untuk aku suka dari jarak jauh. Biar hubungan kita hanya sebagai seorang teman. Aku akan bahagia apabila kau pun bahagia wahai sang pujagaku.
28 April 2014, Isnin

It's about last minute or other word is unplanned.

Janji nak pergi berempat tapi pergi berdua je sebab lagi dua tu pergi class. Jadi, nak tak nak okay teruskan jugak. Dia datang rumah aku sebab nak park motor. Dia pakai baju maroon. Aku pulak tudung maroon baju putih. Takde chemistry pun. Kitaorg jalan kaki sebab takkan nak biar aku jalan sorang kan? Takkan nak bonceng dia pulakkan? Itu semua tak akan. Aku tak tahu lah dia ni biasa jalan kaki ke tak. Aku dah warning awal-awal jangan ngadu penat. Aku ni jahat jugak eh sebabnya aku selalu ngada-ngada dengan kawan aku tapi tak dengan dia. Kira acah-acah kuat depan dia gituu.

'Jauh lah Dyba rumah kau' sambil buat muka sedih. "Excercise lah sikit. Gym boleh pulak pergi."

Kitaorg makan dulu dekat Sri Bayu sebelum teruskan assignment tu haa. Sampai situ haaa adalah budak coursemate. I don't know what's wrong this guy looking me so weird. Aku pakai tudung terbalik ke macam mana? Haaa tak ada pulak aku tengok. Okay whatever. Dia ni pulak boleh duduk lepak dengan coursemate tu. Haiyoo nak kena marah suruh makan dulu ke macam mana? Dia ni pelik sikit. Bila makan mesti berpeluh. Macam orang baru balik jogging. Dia mintak tisu dekat coursemate tu lepas tu diorg adalah cakap apa entah bahasa kelatan. "Aikk nervouse ke makan depan gewe? Haha" Gitu lahh bunyinya.
Habis makan smoke. Itu je lah kerja dia. Kitaorg buntu sebenarnya nak cakap apa dekat bank karang. Ni semua sebab assignment.

Idea aku assume kita student je tapi dia ni lagi efficient nak assume laki bini. Tingginya imagination kau. Aku ikutkan je apa dia berbual bla bla bla....... At the end sampai bank okay masing-masing speechless. Dia ajak turun bawa kejap nak bincang. Okayy ikut.

"Apa dohh nak cakap dengan orang tu?" " Weyhhh cakap je lah apa yang kau dok bebel tadi haiyaaaa"

Naik balik jumpa orang bank tu, k orang tu macam tak nak layan. Hampehhhh! Mamat ni dah bengang dah macam nak blahhh. Aku pun dok fikir apa nak tanya lagi. Last-last aku give up aku blah. Mamat ni teros bebel itu ini nyirap semua apalah. K aku rasa apa yang dia rasa semua.

Bila korang dah give up, korang sambung balik tak? Mesti lah takkan. Sama macam kitaorg. Plan nak balik dah masa tu tapi disebabkan mendung tak jadi balik. Kalau aku lepas je sampai rumah tapi mamat ni takut tak lepas je sebab dia ride. So, we all decide stop for awhile at bustop.

BUSTOP
Dekat sini lah kitaorg tunggu sampai lah hujan betul-betul berhenti. 4.30ptg sampai 6.30ptg. Selama dua jam tu kitaorg berbual benda yang dah lepas. Dan waktu itu lah jugak aku tahu serba sedikit tentang dia. Banyak sebenarnya aku tak tahu pasal dia. Tapi banyak cerita pasal ex dia buat aku macam apahal dengan perasaan aku ni? Jealous ke apa ni? Haihhhh serabut sebenarnya. "For what reasons you want to jealous Dybaa!" Aku dengarkan je lah dan aku tahu dia masih sayangkan ex dia tu walaupun dah dekat 3 tahun diorg break-off.

Hati aku ni cepat sangat suka orang. Bila ada lelaki care sikit haa mulalah nak melting. Dulu aku tengok dia annoying sangat. Sangat! Aku kenal sebab satu class FAR. So kira just once a week can see him. Aku tak gila suka dia tapi entah lah perasaan ni mudah sangat tertarik dengan dia. Itu lah siapa suruh benci kan dah suka. Haihhh~! Sementara je ni perasaan ni. Sementara hmm!

26 April 2014, Sabtu

Ingat tak bestfriend aku yang aku pernah story sebelum ni? Hmm tak ingat lah tu. Takpe lah. Minggu ni dia turun KL lagi jadi baru kesempatan nak jumpa. Senang aku mention dating je untuk kefahaman orang. Sebab berdua je. Aku rasa dating paling advanture yang aku pernah rasa. Sebelum ni kalau dating naik kereta jee. Tapi harini kitaorg guna public transport. Naik LRT lepas tu jalan kaki. Banyak guna kaki sebenarnya sampai dia pun dah penat.

Kitaorg tak janji akan jumpa pukul berapa sebab dia kata maybe 11 pagi or 12 tengah hari gitu sampai. Aku assume pukul 12 jadi 11pagi aku dah mandi semua siap packing baju sekali sebab tidur rumah abang malam ni. Kulit muka aku problem masa tu so take time jugak nak repair bagi okay sebab jumpa orang. Aku ni jenis low confident. Bila ada something (pimples) dukk tumbuh dekat face haiyooo memang lama lah aku recover semula bagi nampak okay. I try to be perfect to my bestfriend :'( 

 Aku tipu dia aku baru keluar rumah padahal lepas setengah jam baru aku keluar rumah. Cerita dia kalau nak sampai ke destinasi setengah jam. Jadi bermakna satu jam dia menunggu. Dah sampai aku whatsapp

"Kat mana?" 'Dekat depan Nose. Dekat dengan SR kita pergi dulu'

Aku sempat lagi bergurau...

"Jangan terkejut kalau jumpa Dyba dah gemuk. Hihi" 'Tak kisah lah gemuk ke apa. Dah sejam ni tunggu haihhhhh'

Aku jalan straight sampai lah aku terasa orang dongak pandang aku dan aku pun macam "Ehhhh Faiz!"  He just keep looking at me. Aku tahu tengah bengang dengan aku sebab sejam tunggu. First question he ask "Pukul berapa sebenarnya keluar rumah?"  Dia marah sangat dah tu. Dan selepas lepas tu dia cuba untuk tipu aku. Banyak dia kenakan aku balik. "Sebagai ganti Dyba lewat sejam tadi" Ahhhhhhhhh sedihhhh :'(

Typicall problem, Nak makan mana? Lepas tu takde jawapan. Aku dah suggest semua tapi cara dia macam dia taknak. Last, makan dekat The Manhattan Fish Market by his suggestion. Choose one menu and can share for 2 person. Rasa macam manis tak kalau makan dengan dia? Luls. Tiket pukul 2ptg. Dia saja salahkan aku lagi sebab aku lambat jadi waktu untuk makan pun lambat. Bila nak pergi amik tiket hmm kena lagi. 

"Dyba, Faiz pilih seat sorang-sorang. Dyba duduk hujung Faiz pun hujung. Sebab tiket dah full."

Wehh cuba kau bayangkan kalau korang kat tempat akuuuu! Kalau macam gitu prefer tak payah tengok kot kalau seat jauh-jauh. Sampai tiket dekat tangan. Damn! To noob I believe him. He answer the same that is the revenge for you. We watching movie Brick Mansions.

Pergi Topman dia nak beli baju baru. Window shopping. Lepas tu, nak pergi PWTC ada pameran buku. Aku nak beli buku FIXI. Jadi dia kena teman haha aku tahu dia budak pandai maybe bosan dah nak pergi kedai buku. Dapat lah beli 7 buah buku guna voucher BR1M. Kitaorg haus jadi nak minum Starback. K kitaorg sanggup ke Times Square sebab situ paling dekat. Paling advanture yang aku cakap tadi ialah kitaorg berhenti dekat stesen Hang Tuah dan jalan kaki. Selalu aku akan transit naik monorel tapi apa kena entah aku ajak dia jalan kaki. 8malam baru balik dan dia ajak naik monorel. Ahhhhhh sesakkkk :'( He force me. Monorel penuh tapi dia sempat masuk tapi aku tak and the end he grab my hand. 

Aku start membebel kat dia. Pot pet pot pet mesti panas dia dengar. At last, we take LRT. Reach at Masjid Jamik we seperate. Take care dude! I dont like to say goodbye actually cause it will make me so sad. Hmm


26 April 2014, Sabtu

Hati

Dah dipesan suruh jaga hati,
Tapi degil!

Dah dipesan suruh batukan hati,
Tapi degil!

Dah dipesan suruh kuatkan hati,
Tapi degil!

Degil!
Ia itu sesaui untuk diri kau yang degil,
Sekarang sakit,
Sekarang sengsara menderita kecewa,
Siapa yang kisah?

Tak ada siapa!
10 April 2014, Rabu

Kau

Aku mudah goyah dengan pujukkan rayu mu,
Suara mu,
Cara mu,
Senyuman mu.

Aku tak sedar semua ini,
Adakah perasaan suka ku datang kembali?

Aku tak mahu menggunakan perkataan 'cinta',
Sebab aku terlalu sukar,
Sukar untuk memahami apa itu cinta sebenarnya.

Aku janji pada diri ku,
Yang ku tak mahukan lelaki buat sementara waktu,
Tapi,
Aku ingkar janji ku itu.

Ya Allah kau kuatkan hati ku ini,
Hilangkan perasaan hati ku ini,
Kerna aku tahu,
Aku tahu pasti suatu hari nanti,
Aku akan terjatuh,
Hati aku terluka.

4 Mac 2014, Selasa

Kuala Lumpur

Manusia di cipta pelbagai bentuk rupa, warna dan saiz,
Masing-masing mempunyai kelainan,
Tiada yang sama,
Kalau yang ada sekalipun,
Hanya segelintir sahaja,
Tidak banyak.

Pelbagai ragam dan kerenah manusia di ibu kota ini,
Banyak gaya dan cara yang aku perhatikan,
Ada yang rajin,
Ada yang malas,
Ada yang terlalu mengejarkan duniawi,
Semua terlalu taksub untuk puaskan nafsu mereka untuk peroleh harta kekayaan,
Harta yang tidak akan dibawa mati.

Aku sedar,
Kekadang aku juga sering alpha,
Seringkali terlalu ikutkan hawa nafsu,
Namun,
Aku hanya punyai matlamat,
Matlamat untuk peroleh keputusan cemerlang,
Matlamat untuk membanggakan mak dan abah suatu hari nanti.

Itu janjiku!

1 Mac 2014, Sabtu

Aku

Sedar tak sedar 7 bulan aku menetap di sini,
Masih bersisa baki 3 tahun 3 bulan,
Untuk apa waktu itu?
Untuk aku melanjutkan pelajaran,
Untuk menambah ilmu,
Untuk peroleh keputusan cermelang.

Tapi sedar tak?
Banyak perkara sebenarnya yang kita fikir untuk menetap di sini,
Kos sara hidup yang tinggi,
Makan dan minum, 
Membeli-belah, 
Dan apalagi?

Banyak,
Banyak sebenarnya duit yang perlu kita guna,
Tapi selalu kita meminta-minta dari mak dan abah,
Sedangkan duit pinjaman sayang untuk gunakan,
Tidak pun habis, 
Habis buat berjoli dengan perkara yang tiada faedah.

Sedarlah,
Bangkitlah,
Laksanakan tanggungjawabmu sebagai seorang mahasiswa dan mahasiswi,
Apa lagi pengorbanan yang perlu kau berikan untuk mak dan abah suatu hari kelak?

27 Februari 2014, Khamis

Sabar

Setiap orang pasti punya kesabaran,
Tapi kesabaran dia ada had,
Ada tahap yang ditetapkan diri masing-masing,
Satu saat pasti akan meletus,
Meletus bak gunung berapi.

Aku mengaku,
Kesabaran aku tak sekuat besi logam,
Kesabaran aku tak setabah setengah orang.

Aku mudah marah,
Aku mudah naik angin,
Dan aku mudah sakit hati.

Bukan aku tak cuba,
Malah aku cuba untuk belajar bersabar,
Tapi aku tak mampu.

Satu sahaja cara untuk sejukkan hatiku ini,
Iaitu abaikan.
Iyaaa,
Itu saja yang mampu untuk aku lakukan untuk diriku ini.



7 Februari 2014, Jumaat

Ego

Kalau kau tahu apa aku rasa, 
Kau mesti akan cuba untuk memahami,
Tapi aku tahu kau tak akan faham dan tak nak faham.

Ini semua disebabkam ego,
Ego yang tinggi melangit,
Ego yang tak akan ke mana-mana.

Tinggalkan saja ego mu itu,
Ataupun buang teros,
Teros saja campak ke laut.


4 Februari 2014, Selasa

Hidup

Bukan mudah untuk ku teirma orang sebarangan,
Bukan mudah untuk ku cinta orang,
Dan bukan mudah untuk ku sayang orang.

Namun aku tahu,
Aku perlu tabah untuk menempuh hidup yang penuh dengan pancaroba,
Banyak lagi yang aku perlu pelajari,
Dan banyak lagi yang aku masih perlu pelajari untuk terus hidup.
26 Januari 2014, Ahad

Siapakah?

Bukan aku tak cinta,
Bukan aku tak rindu,
Tapi apakan daya,
Hati ini tak semudah yang disangkakan,
Bukan mudah untuk benarkan orang lain masuk.

Namun,
Aku tahu,
Aku tak boleh sebegini untuk selamanya,
Aku harus lembutkan hati ini,
Harus terima dengan ikhlas.

Persoalannya,
Siapakah yang berjaya untuk masuk ke dalam hatiku ini?